AISYAH YANG CERDAS & DICINTAI

AISYAH  YANG  CERDAS  &  DICINTAI

Nama Penulis : Ahmad Ibnu Salim Biduwilan

Nama Penterjemah : Kamran As'at Irsyad

Harga: RM 20.00

Kod Produk: TBBK 1234

ISBN: 978-967-388-094-2

Saiz: 14 cm x 21 cm

Mukasurat: 208 ms

Tarikh produk berada di pasaran: Oktober 2012

Hadis Aisyah r.ha katanya, Rasulullah SAW bersabda: „Aku bermimpi melihat kamu sebanyak tiga malam. Malaikat datang kepadaku membawamu di dalam sehelai kain sutera serta berkata, Inilah isterimu. Lalu aku membuka tutupan dari wajahmu, ternyata itu adalah kamu. Maka aku berkata, sekiranya perkara itu datangnya daripada Allah, pasti ia terlaksana. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Kelebihan Aisyah daripada wanita-wanita lain, seperti kelebihan Tarid iaitu sejenis makanan Arab daripada makanan-makanan lain”

101 DOA HADIS-HADIS SAHIH

101  DOA  HADIS-HADIS  SAHIH
Penulis
: Zahazan Mohamed
Kod Katalog
: TBBK 1037
Kod ISBN
: 978-983-3494-74-3
Harga

: RM 29.90

Doa dan zikir mampu men-jadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi menga-takan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat.

Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Selain itu doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

INDAHNYA  HIDUP  BERSYARIAT
Penulis

: Dato' Ismail Kamus

: Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Kod Katalog
: TBBK 1097
Kod ISBN
: 978-983-5102-30-1
Harga

: Semenanjung M'sia - RM55.00

: Sabah / S'wak - RM57.00

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah).

Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

WASIAT LUQMAN AL-HAKIM

WASIAT  LUQMAN  AL-HAKIM
Penulis
: Ustaz Ahmad Hassan Bin Mohd Nazam
Kod Katalog
: TBBK 1122
Kod ISBN
: 978-967-5102-56-1
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: RM22.00

Wasiat Luqman al- Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak.

Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat. Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular kerana ia menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepada kata-kata Luqman al-Hakim kepada anaknya.

ANDAINYA ENGKAU TAHU - BIMBINGLAH DIRIMU DENGAN DOA DAN ZIKIR

ANDAINYA  ENGKAU  TAHU - BIMBINGLAH  DIRIMU  DENGAN   DOA DAN  ZIKIR

Nama Penulis : : Ust. Zahazan Mohamed & Ust. Amly

Harga: RM 6.00

Kod Produk: TBBK 1214

ISBN: 978-967-388-073-7

Saiz: 14.2cm X 10cm

Cetakan: 2 Warna

Mukasurat: 168 ms

Tarikh produk berada di pasaran: Mac 2012

Buku ini disusun supaya dapat dijadikan panduan setiap individu untuk membimbing mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bimbingan dalam bentuk doa ini mencakupi sebahagian besar keperluan dalam kehidupan harian manusia dengan doa dan zikir.

Meminta kepada Allah SWT bermakna hati mengakui hakikat ketuhanan. Kerana hati yang keras dan disaluti dengan dosa begitu angkuh meminta. Buku ini mengandungi aspek Bimbinglah Dirimu dengan Doa dan Zikir, Ibadatku Mukmin, Malamku Mukmin, Pagiku Mukmin, Zuriatku Mukmin, Rumahku Mukmin dan Bumiku Mukmin

101 REKREASI HATI

101  REKREASI  HATI

Penulis

Kartunis

: Dr. Zahazan Bin Mohamed

: Nik Wafdi Nik Jaafar

Kod Katalog
: TBBK 1182
Kod ISBN
: 978-967-388-020-1
Harga

: Semenanjung M'sia - RM17.00

: Sabah / S'wak: RM19.00

Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).


Keistimewaan Buku ini

• Sesuai dibaca semua peringkat umur.• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor. • Mendekatkan pembaca kepada hadis. • Senang difahami dan dihayati. • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati. • Sebagai bimbingan kepada remaja.

101 DOA MOHON MAKBUL

101  DOA  MOHON  MAKBUL

Nama Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed / Nik Wafdi Nik Jaafar

Harga: RM 20.00

Kod Produk: TBBK 1224

ISBN: 978-967-388-084-3

Saiz: 14 cm X 21 cm

Cetakan: 4 Warna

Mukasurat: 216 ms

Tarikh produk berada di pasaran: Julai 2012

Buku ini merupakan garapan menarik daripada buku101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, tulisan Dr. Zahazan Mohamed. Dipersembahkan semula secara santai dan menarik dengan ilustrasi kartun yang menghiburkan oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Keistimewaan buku ini ialah ia sesuai dibaca semua peringkat umur dan persembahan isi berbentuk santai dan humor. Ia dapat mendekatkan pembaca kepada hadis dan ayat-ayatnya mudah untuk difahami dan dihayati. Ia juga mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan da ia sesuai dijadikan cenderahati dan bimbingan kepada remaja malah ilustrasi berwarna sepenuhnya.

ADAB MALAM PENGANTIN

ADAB  MALAM  PENGANTIN
Penulis
: Prof Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi
Kod Katalog
: TBBK 1177
Kod ISBN
: 978-967-388-013-3
Harga

: Semenanjung M'sia - RM12.00

: Sabah / S'wak: RM14.00

Adab Malam Pengantin adalah tuisyen segera untuk kemahiran menghadapi malam pengantin dalam bentuk yang sangat beradab, suci dan mengikut syariat Islam.

Anda tidak perlu menyorok-nyorok untuk belajar ilmu seindah malam pengantin ini. Bukan itu sahaja malah disediakan juga ilustrasi yang jelas dan telus tetapi tidak memalukan. Sesiapapun boleh membaca buku ini, malah boleh juga dijadikan hadiah yang sangat bermakna untuk majlis perkahwinan. Anda boleh khatamkan ilmu malam pengantin dalam masa 20 minit sahaja.

RAHSIA SEKSUAL LELAKI

RAHSIA  SEKSUAL  LELAKI

Nama Penulis: Prof. Emiritus Dr Mohd Ismail Tambi

Harga: RM12.00

Kod Produk: TBBK 1213

ISBN: 978-967-388-071-3

Saiz: 6’ x 6’

Cetakan: 2 Warna

Mukasurat: 80 ms

Tarikh produk berada di pasaran: Mac 2012

Buku yang telah disusun oleh Profesor Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi ini semestinya perlu dimiliki oleh setiap lelaki yang inginkan jawapan dan penyelesaian permasalahan kesihatan mereka. Semoga buku ini dapat mengembalikan semula dunia keceriaan dan keharmonian rumah tangga pembaca di samping meraih keredhaan daripada Allah SWT.

Tip-tip kesihatan: BAGAIMANA untuk menjadi ‘LELAKI GAGAH’. Fakta-fakta berkaitan seksual lelaki yang anda perlu ketahui! Info-info syariah yang bermanfaat dan berguna. Sisipan ilustrasi dan gaya penyampaian maklumat yang menarik.

WANITA, ISTERI DAN RAHSIA SEKSUAL

WANITA,  ISTERI  DAN  RAHSIA  SEKSUAL
Penulis
: Prof Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi
Kod Katalog
: TBBK 1175
Kod ISBN
: 978-967-388-009-6
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: RM22.00

Maklumat tentang kesihatan seksual dan reproduktif wanita tidak banyak didedahkan kerana dianggap isu sensitif, tapi ia perlu dibincang dan diperbicarakan secara telus dan terbuka.


Wanita mencapai akil baligh lebih awal berbanding lelaki dan biasanya mula mengenali seksualiti melalui rakan rapat. Mereka hanya akan mendapat pendedahan yang terkawal tentang ilmu seks jika melalui pendidikan agama yang teratur. Ketika itu mereka perlu menjaga tingkah laku dan berkelakuan tertib mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh agama. Jika mereka tidak mengikut tatacara yang diaturkan kepada mereka, maka tidak mustahil mereka akan berkelakuan liar dan sukar dikawal.

Mengapa Anda Harus Miliki Buku Ini?

• Penerangan secara lengkap berserta hujah saintifik memudahkan pemahaman pembaca.

• Penyampaian secara separa santai.

• Info syariah sebagai pelengkap maklumat menurut Islam.

• Ilustrasi menarik dan sinis mampu merehatkan minda.

• Reka bentuk yang menarik.

DIARI HAMIL

DIARI  HAMIL
Penulis

1. Khairun Nisak Zakaria

2. Muhd Mawardi Zakaria

3. Khulwana Hanapi

Kod Katalog
: TBBK 1169
Kod ISBN
: 978-967-388-010-2
Harga

: Semenanjung M'sia - RM26.00

- Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.


- Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.

- Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.

- Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.

- Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.

- Hadiah kepada isteri tersayang. - Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.

RAYUAN CINTA BUAT ISTERIKU

RAYUAN  CINTA  BUAT  ISTERIKU
Penulis
: Ibn Abdul Azib
Kod Katalog
: TBBK 1144
Kod ISBN
: 978-967-5102-83-7
Harga

: Semenanjung M'sia - RM4.00

: Sabah / S'wak: 6.00

Isteri solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh.

Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembaran-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya.

ISTERI dan PUTERI RASULULLAH

ISTERI  dan  PUTERI  RASULULLAH
Penulis

: Muhammad Mahdi al-Istambuli

: Musthafa Abu Nashr Al-Syilby

Kod Katalog
: TBBK 1150
Kod ISBN
: 978-967-5102-80-6
Harga

: Semenanjung M'sia - RM23.00

: Sabah / S'wak: 25.00

Buku ini bermula dengan membawa prospektif dan senario kaum wanita sebelum Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Kemudian dibentangkan profil dan ciri-ciri wanita Muslimah.

Seterusnya dipersembahkan riwayat hidup dan keistimewaan para isteri Rasulullah SAW serta perbandingannya dengan peranan Muslimah kontemporari. Berikutnya digarap peranan Rasulullah sebagai suami misali yang bertanggungjawab. Kemudian dibawakan pula biodata serta peranan yang dimainkan oleh puteri-puteri Rasulullah SAW yang menjadi figur untuk melahirkan contoh wanita pendidik dan pejuang yang menanamkan keberanian dan kejujuran kepada generasi akan datang. Buku ini disudahi dengan menyenaraikan peranan Baginda sebagai bapa dan ketua keluarga yang mampu untuk memimpin ahli keluarga serta masyarakat ke arah melahirkan generasi pelapis yang sanggup untuk memikul tugas mengembalikan agama Islam dianuti oleh pengikut-pengikut yang bertakwa supaya Islam itu sekali lagi menuju ke zaman keagungannya.

KISAH HAIWAN MADINAH (2)

KISAH  HAIWAN  MADINAH  (2)
Penulis
: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog
: TBBK 1140
Kod ISBN
: 978-967-5102-72-1
Harga

: Semenanjung M'sia - RM45.00

: Sabah / S'wak: RM47.00

Kisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu -

Buku 1 - Haiwan Di Makkah • Gajah Raja Abrahah • Keldai Halimatus Saadiah • Unta Jelmaan • Buraq Israk Mikraj • Ketua Ular Makkah


Buku 2 - Haiwan Di MadinahMerpati Gua Thur • Kuda Surakah • Kambing Betina Mukjizat Nabi • Unta Betina Tunggangan Rasulullah • Kambing Biri-biri Beracun

Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar. Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah

KISAH HAIWAN MAKKAH (1)

KISAH HAIWAN MAKKAH  (1)
Penulis
: Farimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog
: TBBK 1139
Kod ISBN
: 978-967-5102-71-4
Harga

: Semenanjung M'sia - RM45.00

: Sabah / S'wak: 47.00

Berkulit keras, Kisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu - Buku 1 - Haiwan Di Makkah • Gajah Raja Abrahah • Keldai Halimatus Saadiah • Unta Jelmaan • Buraq Israk Mikraj

• Ketua Ular Makkah Buku 2 (Akan datang) - Haiwan Di Madinah • Merpati Gua Thur • Kuda Surakah • Kambing Betina Mukjizat Nabi • Unta Betina Tunggangan Rasulullah • Kambing Biri-biri Beracun Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar. Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah.

BEDUK DIKETUK

BEDUK  DIKETUK
Penulis
: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Kod Katalog
: TBBK 1192
Kod ISBN
: 978-967-388-036-2
Harga

RM26.00

Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya.

Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan. Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.


ENSIKLOPEDIA SOLAT

ENSIKLOPEDIA  SOLAT
Penulis
: Pelbagai Penulis
Kod Katalog
: TBBK 1105
Kod ISBN
: 978-967-40709-3-9
Harga
RM100.00
Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.

Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:

  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.


WAHAI TUHAN ENGKAULAH PENYEMBUH

WAHAI  TUHAN  ENGKAULAH   PENYEMBUH
Penulis

: Datuk Ismail Kamus

: Ustaz Wahid Abd Hanif

Kod Katalog
: TBBK 1183
Kod ISBN
: 978-967-388-019-5
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: RM22.00

Buku ini menampilkan doa-doa terpilih daripada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang amat mustajab untuk mengubat penyakit rohaniah yang tidak mungkin disembuhkan oleh perubatan secara fizikal semata-mata.

Disertakan juga lafaz dan cara beristighfar yang digunakan untuk membersihkan hati agar doa kita lebih cepat sampai kepada Allah SWT serta dimakbulkan. Istighfar dan taubat juga boleh menghindarkan diri kita daripada bersarangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri, sebaliknya diganti dengan sifat mahmudah. Buku ini juga menampilkan susunan wirid dan zikir untuk pendinding diri serta merawat gangguan jin, syaitan, sihir dan santau. Keseluruhan amalan yang terkandung dalam buku ini merupakan “senjata” bagi orang Mukmin yang mungkin lebih hebat dan berkesan daripada senjata lahiriah yang digunakan untuk memerangi musuh

AL-MA'THURAT

AL-MA'THURAT
Penyusun
: Dr Badrul Amin
Kod Katalog
: TBBK 1149
Kod ISBN
: 978-967-5102-84-4
Harga

: Semenanjung M'sia - RM1.00

: Sabah / S'wak: 1.50

Al-Ma’thurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.

Al-Ma’thurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.

MANZIL AMALAN MENANGKIS KEJAHATAN JIN

MANZIL  AMALAN  MENANGKIS  KEJAHATAN  JIN


Penulis
: Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi
Kod Katalog
: TBBK 1194
Kod ISBN
: 978-967-388-038-6
Harga

: 1.50

Manzil adalah beberapa ayat yang dipetik daripada al-Quran, dan merupakan satu amalan yang benar-benar teruji dan didapati berfaedah dan tepat untuk keselamatan diri daripada kejahatan jin, sihir, pukau.

NAMA-NAMA ALLAH

NAMA-NAMA  ALLAH
Penulis
: Ustaz Wahid Haniff dan Ustaz Azrul Ismail
Kod Katalog
: TBBK 1198
Kod ISBN
: 978-967-388-042-3
Harga

RM10.00

Buku ini memerihalkan tentang nama-nama bagi Allah SWT yang menjadi lambang sifat-sifat-Nya berlandaskan dalil al-Quran dan hadis-hadis sahih. Buku ini padat dengan kisah-kisah hikmah yang menarik untuk menguatkan lagi pemahaman pembaca tentang nama-nama Allah SWT.

AL QURAN AL KARIM

AL QURAN   AL KARIM

Harga: RM 65.00 RM 50.00

Kod Produk: TBAQ 1001

Jenis : 2 warna (Biru & Merah)

Saiz: 21.4 x 29.2 (cm)

Cetakan: 4 Warna

Mukasurat: 640 ms

Bookmark : 5 x 19 ( cm )

Tarikh produk berada di pasaran: Januari 2012

Al-Quran ini mempunyai pelbagai kelebihan. Diantaranya adalah pada setiap muka surat diletakkan ayat permulaan awal di muka surat seterusnya untuk memudahkan pembacanya mengenali ayat yang seterusnya. Al-Quran ini turut memaparkan gambar yang menunjukkan makhraj huruf bagi memudahkan pembaca mempraktiskan huruf yang disebut untuk bacaan yang betul.

Al-Quran ini turut menghuraikan maksud-maksud yang terkandung iatu istilah-istilah dan tanda-tanda wakaf dalam al-Quran bagi memudahkan pembaca memahami penanda-penanda yang lazim digunakan di dalam al-Quran yang turut menerangkan tempat ayat yang dibaca dengan Riwayat Hafs Tariq Syatibi dan ia mempunyai 2 warna pilihan yang menarik untuk dipilih.

TAFSIR AL QURAN PER KATA

TAFSIR  AL QURAN   PER  KATA

Nama Penyusun : Dr. Ahmad Hatta MA

Harga: RM 110.00

Kod Produk: TBTP 1002

Barcode: 9789792525939

Saiz: 22 cm x 16 cm

Tarikh produk berada di pasaran: Ogos 2012

Di era yang penuh dengan kemajuan serta memerlukan pemahaman yang padat dan segera, Tafsir Al-Quran Per Kata Resam Othmani Beserta Asbabun Nuzul dalam Bahasa Melayu dipercayai mampu mempermudahkan serta memahami al-Quran, dan amat sesuai digunakan di semua lapisan masyarakat termasuk peringkat persekolahan, majlis ta’lim di surau dan masjid. Dengan demikian, amal yang kita lakukan adalah berlandaskan dengan ilmu yang telah kita fahami. Tafsir ini merupakan transformasi ke atas kitab al-Quran yang lain bertujuan menyemarakkan lagi nilai penyelidikan dan pemahaman ke atas hukum Allah dengan merujuk kepada refrensi yang mu’tabar. Oleh itu kitab ini sangat perlu dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasai kelazatan membaca al-Quran.

AL QURAN TAJWID & TERJEMAHAN

AL QURAN  TAJWID  &  TERJEMAHAN

Harga: RM 130.00 (saiz besar)

: RM 70.00 (saiz kecil)


Kod Produk: TBTP 1009 (saiz besar)

: TBTP 1010 (saiz kecil)

Barcode: 9789671135716 (saiz besar)

: 9789671135709 (saiz kecil)

Saiz: 29.5 cm x 22 cm (saiz besar)

: 15 cm x 21.5 cm (saiz kecil)

Cetakan: 2 Warna

Tarikh produk berada di pasaran: Ogos 2012

Di era yang penuh dengan kemajuan serta memerlukan pemahaman yang padat dan segera, Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Resam Othmani Beserta Asbabun Nuzul, Hadith Shahih dan Indeks Tematik dalam Bahasa Melayu dipercayai mampu mempermudahkan serta memahami al-Quran, dan amat sesuai digunakan di semua lapisan masyarakat termasuk peringkat persekolahan, majlis ta’lim di surau dan masjid. Dengan demikian, amal yang kita lakukan adalah berlandaskan dengan ilmu yang telah kita fahami. Kitab ini merupakan transformasi ke atas kitab al-Quran yang lain yang bertujuan menyemarakkan lagi nilai penyelidikan dan pemahaman ke atas hukum Allah dengan merujuk kepada refrensi yang mu’tabar. Oleh itu kitab ini sangat perlu dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasai kelazatan membaca al-Quran.

AL QURAN AL KARIM : WAQAF & IBTIDA'

AL QURAN   AL KARIM : WAQAF & IBTIDA'

Nama Penyusun : Tan Sri Hj Hassan Azahari & Dr. Raof Tan Sri Hassan

Harga: RM 75.00

Kod Produk: TBAQ 1002

Barcode: 9555-056-300-266

Saiz: 21.4 cm X 29.2 cm

Mukasurat: 641 ms

Tarikh produk berada di pasaran: Julai 2012

Klik di sini untuk video penerangan

Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Al-Quran AL-Karim Dengan panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

RAHSIA KEMATIAN, ALAM BARZAKH, DAN ROH

RAHSIA KEMATIAN, ALAM BARZAKH, DAN ROH

Nama Penulis : Ahmad Adnan Fadzil

Harga: RM 18.00

Kod Produk: TBBK 1232

ISBN: 978-967-388-092-8

Saiz: 14 cm x 21 cm

Mukasurat: 168 ms

Tarikh produk berada di pasaran: September 2012

Kematian di dunia adalah permulaan kepada kehidupan di alam barzakh. Tiada siapa yang mengetahui hakikat sebenarnya melainkan Allah SWT. Berita-berita kedahsyatan kiamat kecil ini serta gegak gempitanya kehidupan di alam barzakh hanyalah dikutip daripada mutiara-mutiara hadis baginda Nabi Muhammad SAW yang berbicara dengan panduan wahyu Ilahi. Tiada siapa boleh menceritakan betapa sakitnya saat kematian kerana mereka sudah berpindah ke alam yang lain. Tiada siapa juga boleh mengkhabarkan keadaan di alam barzakh kerana mereka sudah tidak boleh kembali ke alam yang fana ini. Justeru, manusia tiada pilihan lain melainkan beriman dan meyakini perkara ini dengan pertimbangan mata hati, bukannya dengan mata kepala. Buku ini disusun dan diolah sebagai tazkirah dan peringatan buat manusia agar tidak lalai dan leka daripada menginsafi kehidupan selepas kematian. Buku ini padat dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis yang memberikan gambaran jelas berkenaan kematian dan kehidupan selepasnya. Buku ini juga membawa pembaca mengembara sejenak ke alam barzakh dengan fakta dan penceritaan yang membawa keinsafan. Sedarlah, dunia ini hanya sebuah trek perlumbaan buat kita menuju ke garisan penamat di akhirat.
No posts.
No posts.